“Perlu ke saya mendapatkan persetujuan daripada kamu berdua?” Soal Encik Fadrul
yang memang terkenal dengan ketegasannya dalam membuat keputusan.
“Saya minta kali ini sahaja Encik Fad. Tolonglah, saya tak mahu satu kumpulan
dengan Nazrin.” Sifat beraninya seakan hilang apabila berada di hadapan Encik
Fadrul. Tapi kalau bukan dia sendiri yang bersuara, siapa lagi yang akan
membantunya.
“Maaf. Saya tak dapat tunaikan permintaan kamu berdua. Tiada krompomi
dalam hal ini. Korang kena sedar, bila berhadapan dengan reality sebenar, kamu
tidak dapat memilih kehendak kamu sendiri. Sama ada kamu mahu atau tidak, kamu
tetap kena melakukan.” Tegasnya.
Syafiqa menjeling ke arah Nazrin yang berdiri di sebelahnya. Tidak langsung
kelihatan Nazrin ingin merayu kepada Encik Fadrul untuk pertukaran kumpulan.
Hanya dia sahaja yang beria-ria.
“Tapi kita boleh pilih orang yang serasi untuk kita berkerjasama kan?” Syafiqa
memberanikan diri. Dia bakal peguam. Dia perlu berani bersuara.
“Cik Syafiqa, bila kamu memilih untuk memilih orang serasi untuk berkerjasama,
kamu tidak akan mendapat bukti atau fakta yang kukuh kerana kamu cepat berpuas
hati dengan apa yang kamu dapat. Namun jika memilih untuk berkerjasama dengan
orang yang tidak serasi dengan kamu, pendapat kamu akan bercanggah. Pelbagai
andaian yang akan kamu dapat sebelum mendapat bukti atau fakta yang sebenar.
Ada bezanya bukan?
Lagipun, kamu ingat bidang guaman ini ibarat cinta ke yang memerlukan
keserasian. Keserasian atau persefahaman tidak penting. Yang penting adalah
bukti.
Sudah, jangan buang masa kamu dengan merayu kepada saya. Kamu sendiri tahu
bahawa saya tidak akan melayan hal yang remeh temeh macam ni. Apa-apa pun, saya
menantikan performance yang terbaik dari kamu berdua. Good luck.”
Syafiqa keluar dari bilik Encik Fadrul dengan wajah yang sunggul. Sakit betul
hatinya. Sejak ibunya berkahwin lain, dia terpaksa duduk serumah dengan Nazrin.
Di rumah mengadap muka dia, di kelas mengadap muka dia. Lebih malang lagi kena
satu kumpulan dengan dia. ‘Serabut betul hidup aku!’
Kakinya melangkah ke arah meja-meja bulat yang sedang diduduki oleh
teman-temannya yang lain. Sebu sungguh hatinya melihat teman-temannya yang dari
awal-awal lagi sudah menunjukka muka simpati.
“Fiqa, alang kepalang kita dah jadi satu kumpulan.
Aku ada cadangan untuk kaji kes apa? Apa kata kalau kita kaji kes seorang anak
tiri yang berusaha untuk mendapatkan harta ayah tirinya. Macam mana? Ok tak?” Syafiqa tidak menunggu lama untuk menjawab. Dengan
pusingan 360 darjah dia berpusing
Pang!!!! Cepat sahaja tangannya yang runcing hinggap di pipi milik
Nazrin. Seketika Nazrin terkesima. Namun tidak lama apabila dia turut melempang
Syafiqa. Semua yang ada disekeliling mereka terkejut beruk.
Rakan-rakan mereka yang sedari tadi menonton mula
menapakkan diri ke arah mereka berdua.
Mata Syafiqa membahang dengan kemarahan. Nazrin juga tidak kurang hebatnya. Mereka saling
berlawan mata.
“Apa masalah kau sebenarnya?” Tengking Syafiqa.
Nafasnya tercungap-cungap menahan marah. Dalam pada waktu yang sama, dia ingin
mengawal air matanya daripada mencurah. Dia memang bertekad untuk tidak
menangis. Air mata hanya akan membuatkan dirinya kalah dengan Nazrin.
“Masalah aku ialah kau. Kau yang mendatangkan
masalah pada aku!” Balas Nazrin dengan suara yang lantang. Kini, banyak sudah
mata-mata yang memandang ke arah drama sebabak yang tidak berskrip itu. Ada
yang berhenti semata-mata untuk menyaksikan pertengkaran di antara Syafiqa dan
Nazrin.
“Sebenarnya hidup kau yang bermasalah. Masalah kau
ialah, kau tak boleh tengok orang lain bahagia.” Balas Syafiqa. Memang
kesabarannya tidak pernah wujud untuk Nazrin.
“Memang kau bahagialah dapat tinggal kat rumah
besar. Almaklumlah, orang miskin macam kau ni mana pernah dapat kesenangan yang
macam tu kan. Dasar miskin tak sedar diri!” Ramai yang mula berbisik apabila
mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nazrin.
“Semiskin-miskin aku, ahli keluarga aku tak ada
yang berlaku curang!” Syafiqa sedar yang dia tidak sepatutnya bercakap hal
peribadi seperti itu di hadapan khalayak ramai. Namun, akal fikirannya sudah
tidak dapat berjalan dengan baik. Sebab itu, rahsia yang tersimpan sudah tidak
bergelar rahsia lagi.
“Kurang ajar!” Sekali lagi tangan Nazrin sudah
terangkat untuk menampar Syafiqa untuk kali kedua.
“Hei, kamu berdua. Masuk pejabat saya sekarang
jugak.” Arah Encik Fadrul yang entah bila sudah berada berdekatan dengan
perlajar yang berkumpul. Tangan Nazrin kembali jatuh ke bawah. Dia mendengus
marah.
SYAFIQA termenung panjang di bangku meja. Serabut
kepalannya memikirkan hal yang telah berlaku dan hal yang akan berlaku dalam
hidupnya. Dia memicit-micit kepalanya yang sakit. Berat akal fikirannya untuk
berfikir, berat lagi rasannya rasa bersalah yang ditanggung.
Hanya Tuhan yang tahu debaran hatinya apabila
dipanggil oleh Encik Fadrul tadi. Dia takut kalau-kalau pergaduhannya dengan
Nazrin akan sampai ke pengetahuan ibunya. Tetapi mujurlah Encik Fadrul hanya
memberikan amaran. Segalanya mujur…
Dia akui, dia tidak sepatutnya membongkarkan rahsia
Nazrin kepada pengetahuan umum. Penyesalan yang menghimpit tidak dapat
melegakan hatinya sendiri. Dia masih ingat betapa marahnya Nazrin pada Nizam.
“Kenapa kau bocorkan rahsia keluarga kita pada orang luar. Kau tak malu ke?”
Marah Nazrin sambil mencekak leher baju milik Nizam. Terkebil-kebil Nizam yang
baru pulang dari sekolah itu melihat kemarahan Alongnya.
“Rahsia apa?” Soalnya takut-takut.
“Rahsia apa kau tanya?” Nazrin menghadiahkan Nizam satu tumbukan di muka.
“Nazrin, apa yang kau buat ni?” Mujurlah ketika itu
dia ada di rumah. Kalau tidak, tak tahulah nasib Nizam. Dia menolak Nazrin yang
sedang menghimpit Nizam yang sedang terbaring lemah.
“Kau jangan masuk campur. Kalau tak…” Nazrin menundingkan jari terlunjuknya.
Nada suarannya berbaur amaran.
“Kalau tak kenapa? Kau nak pukul aku pulak?” Cabar Syafiqa. Tidak cukup
bergaduh di kampus, mereka menyambung pergaduhan di rumah pulak.
“Kalau kau tak rasa puas dapat penampar aku tadi, kau boleh tambah lagi. Kalau
tak nak, sila ketepi.” Arah Nazrin. Sedikit pun Syafiqa tidak berganjak dari
tempat dia berdiri. Dia masih mahu melindungi Nizam.
“Kenapa kau pukul dia? Kau nak bunuh dia ke?” Hairan juga dia dengan Nazrin.
Bukannkah hubungan mereka adik beradik amat baik.
“Kalau membunuh tu tak menjadi satu kesalahan, orang pertama yang aku akan
bunuh ialah kau.” Jerit Nazrin.
“Sebab ia menjadi satu kesalahanlah kau tak buat kan? Habis tu, kau ingat kalau
pukul adik sendiri tak salah ke?” Kali ini, dia menggunakan cara seorang peguam
untuk menyelesaikan masalah. Bukan dengan sikap membabi buta seperti yang
berlaku di kampus tadi.
“Eh, yang kau menyibuk kenapa? Suka hati akulah. Kau tu orang luar.” Sakit pula
hatinya mendengar kata-kata Syafiqa yang berbau teguran.
“Bila aku dah menjadi salah seorang daripada ahli keluarga kau. Aku bukan lagi
orang luar. Dan orang yang kau pukul tu bukan sahaja adik kau tapi adik aku
jugak. Walaupun hanya sekadar adik tiri.” Dia membantu Nizam yang sedang
mengerang kesakitan. Simpatinya tumpah di situ.
“Mungkin sebab aku tak ada adik, sebab tu aku mudah jatuh sayang pada adik-adik
kau. Tapi sayang, abang dia sendiri yang sanggup membelasah adiknya sendiri.”
Sambung Syafiqa lagi. Matanya dihalakan ke arah Nazrin. Tiada lagi riak
kemarahan. Yang ada cuma kesayuan.
Dengan langkah longlai, Nazrin meninggalkan mereka berdua. Setelah
membantu Nizam duduk di sofa, dia bergerak ke arah almari untuk mencari peti
kecemasan. Tangannya ligat membersihkan luka di
bibir Nizam yang pecah akibat ditumbuk.
“Akak minta maaf sebab mungkir janji.” Tuturnya perlahan,
“Akak tak sedar bila akak dah mula melebihi batasan yang sepatutnya. Dan kamu
pulak yang menjadi mangsa.” Syafiqa menyambung ayat apabila melihat reaksi
Nizam yang hanya mendiamkan diri.
“Zam tak salahkan akak. Memang Zam yang salah. Zam tak patut beritahu rahsia
keluarga Zam pada orang lain.” Nadanya memang berbau penyesalan. Syafiqa hanya
terkaku membisu.
“Tapi Zam cuma cuba nak ringankan penderitaan Along. Dia dah banyak menderita
kak. Lepas mama bercerai dengan papa, dia dah tak macam dulu. Dia dah banyak
berubah. Semuanya berpunca bila mama dan papa bercerai.
Orang cakap yang mama kami curang dengan papa. Memang papa tak pernah cakap
pasal keburukan mama tapi kami dengar dari mulut mama sendiri yang dia cakap
yang dia sayang lelaki lain. Entah macam mana cerita ni boleh tersebar kat
sekolah Along. Dia selalu kena ejek dan disisihkan dari kawan-kawan. Sejak tu,
dia mula menghindarkan diri dari orang lain. Yang ada hanyalah apa yang dia
sedia ada.
Banyak kali dia cuba nak satukan semula mama dan papa tapi papa macam dah tawar
hati dengan sikap mama. Sebab tu, bila papa ambil keputusan
untuk kahwin lain, Along tak suka. Dia tak suka kalau ada perempuan yang rampas
tempat mama.” Dia mengeluh berat. Dan kembali menyambung kata.
“Zam cerita semua ni bukan untuk membanggakan Along depan akak.Walaupun sebenarnya Zam bangga sangat dengan Along.
Dia dah banyak derita kak. Dia kesepian. Jadi, orang yang selayaknya menyerikan
kembali hidup Along ialah akak. Bukan Zam atau angah.” Syafiqa dilanda kehairan
apabila mendengar kata-kata dari Nizam.
“Kenapa Zam cakap macam tu?” Dia bersuara setelah agak lama mendiamkan diri
untuk memberi laluan kepada Nizam untuk bercerita.
“Sebab dah lama Zam tak tengok Along bersemangat seperti tadi. Sebelum ni, dia
suka duduk dalam dunia dia sendiri. Dia tak hiraukan sekeliling dia. Tapi bila
dengan akak, dia macam kembali bersemangat macam dulu-dulu. Kembali menjadi
Along yang dulu.” Terang Nizam.
“Apa yang nak dihairan sangat Zam. Dia kan tengah practis nak jadi lawyer.
Mestilah selalu berdebat dengan akak. Kalau tak tumpullah dia nanti.” Jelas Syafiqa.
“Maksud saya, Along macam sukakan akak.” Kata-katannya tidak lagi berkias.
“Jangan nak merepek. Akak baru dapat penampar dia pagi tadi.” Seloroh Syafiqa
sambil tangannya mengemas kembali peti kecemasan. Nizam ketawa kecil.
“Along tu kan pelik. Agaknya macam tu cara dia meluahkan perasaan kot.”
Andaian Nizam itu tidak memberi apa-apa makna kepada Syafiqa.
Dia bangun berlalu namun masih sempat mengingatkan kepada Nizam agar
merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu dan papa. Dia tidak mahu kedua
orang tuanya itu risau dengan karenah anak-anak yang tidak pernah penat untuk
menyusahkan ibu bapa.
No comments:
Post a Comment