Wednesday, 15 May 2013

Cerpen : Ego


Ara berpeluk tubuh. Tidak mahu bersalaman dengan Adzhar. Dia memalingkan muka tidak mahu menatap wajah Adzhar. Tubuhnya dijauhkan tidak mahu berdekatan dengan Adzhar. Hatinya memberontak akan perkahwinan ini. Dia benci bila dikahwinkan dengan si pemuda ego a.k.a arrogant nak mampus! Dia benci bila terpaksa melalui saat yang diimpikannya itu dengan penuh keterpaksaan.

"Ariana.." tegur ayahnya. Berkali-kali Encik Hisyam berdehem namun tidak juga Ara menyambut salam suaminya itu. Menjadi tugasnya untuk menegur perbuatan anak gadisnya itu. 'Ara.. janganlah buat malu ayah kat sini. Ramai tetamu tengok kamu macam tu..' desisnya jauh di dasar hati.

Adzhar tahu apa yang ada dalam hati Ara saat itu. Penuh dengan kebencian! Dia juga! Penuh dengan kebencian. Tetapi apa boleh buat? Dia terpaksa. 'Woi, bak lah sini tangan tu. Cincin pun tak sarung lagilah. Aku sepuk muka kau kang!'

'Apa? Kau ingat kau dah jadi suami aku, boleh buat suka hati.. boleh blah!' balas Ara dalam hati juga. 'Ayah ni pun satu juga. Macam mana lah boleh kenal dengan dia ni. Tak pasal-pasal boleh kena kahwin dengan dia. Kalau aku tahu kena kahwin dengan dia, sah malam tadi aku dah lari ke KL balik rumah.'

"Eh awak.. apa yang awak tak puas hati lagi ni? Kalau tak nak kahwin dengan saya kenapa tok imam tanya tadi tak nak cakap? Buat penat je aku akad.. sekarang ni nak lafaz cerai pulak!" bebel Adzhar bersahaja. Dia terus duduk bersila di hadapan Ara. Penat bersimpuh. Puan Sri Nadirah menolak kepala Adzhar kasar.

"Ke situ pulak dia! Perangai tak pernah nak berubah!" omelnya geram.

Puan Aina ibunya Ara hanya diam sahaja. Tidak tahu bagaimana mahu kata.

"Salah siapa sekarang ni mama? Dia punya salah pun mama nak kata Ad yang salah. Tak adil betul!"

"Dah! Ceraikan aku!" jerit Ara. "Aku tak nak jadi bini kau lah, mat ego plus arrogant nak mampus!" Buntang mata Adzhar. Melopong mulut semua orang mendengar permintaan kasar Ara. Ibu ayahnya tidak mampu berkata apa lagi. Orang tua Adzhar apatah lagi. Tidak sangka gadis lemah lembut seperti Ara Ariana mampu berkata sebegitu di hadapan Adzhar Rafiqi, suaminya yang baru dinikahi.

Lega! Hanya itu yang Ara rasakan sebaik meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Tanpa rasa bersalah dia meninggalkan masjid itu. Tiada siapa tahu ke mana dia menghilangkan diri. Terkebil-kebil Adzhar dengan tingkah Ara, Dia tidak tahu harus buat apa. Kejar! Oooppss... so sorry. Not this style to chase a girl!

____________________


Kereta Myvi putih milik Ara berhenti di tepi jalan. Dia keluar. "Ouchh.. ish, baju ni. Meleret-leret! Kalau aku tahu kena kahwin dengan dia tu, tak hingin aku nak pakai kau lah! Menyemak badan je!" Ara duduk di atas bonet kereta sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur yang indah di pemandangan kala senja. Tiga jam perjalanan dari Perak memenatkannya. Namun begitu, tidak pula dia ke rumahnya dulu.

"Macam manalah aku tak ada feel nak siasat siapa bakal suami aku. Kan dah terkahwin dengan dia. Mak Ngah pun satu hal juga. Time akad nikah tu jugaklah gatal tangan nak turunkan tirai tu. Kan dah terpisah pandangan mata aku. Kalau tak aku dah jerit tak nak tadi. Siut betullah!"

"Hai cik adik! Cantik baju.." sapa seorang lelaki.

Ara berpaling. "Aieril? Apa awak buat kat sini?"

"Saya tahu kalau mood awak macam kapal layar nak terbalik mesti datang sini. Sebab tu saya ke sini. Tak salah kan saya datang menemani kawan baik di sini?"

"Macam mana awak tahu mood saya tak baik?"

"Keluar dari masjid seorang diri tanpa suami yang baru dinikahi? That's the sign."

"Suami? Eii.. kalau saya tahu dia yang akan jadi suami saya, nak jejakkan kaki ke masjid tadi pun tak sudi. Menyampah!" jerit Ara. Aieril ketawa. "Kenapa awak ketawa?" soal Ara pelik.

"Lagi awak menyampah dekat dia, lagi awak mencintai dia. Sebakul cinta awak dulu pasti akan jadi berbakul-bakul nanti. Percayalah.. Kalau dulu cinta sudah ada, sekarang ni mesti berlipat ganda sebab awak dan dia sudah menjadi suami isteri. Cinta untuk pasangan suami isteri lebih kuat dari pasangan kekasih.."

'Itu dululah, Aieril! Aku benci dia sebab dia dah malukan aku! Aku tak nak jadi bini dia sebab aku ni tak dicintai dia. I hate him!'

Aieril memandang sekilas ke wajah Ara. "So nak buat apa sekarang? Esok kena menghadap dia jugak kan?" ujar Aieril.

"Arghhh... lupa..lupa..lupa! Ni lagi satu hal yang geram sangat ni..."

"Menjawablah dengan bos awak tu esok. Bye.. ada hal dengan kawan.." ujar Aieril mengingatkan. Dia berpaling setelah beberapa langkah pergi. "Eh, awak tak nak balik ke? Risaulah kat area ni time senja. Bahaya!"

Ara mengangguk lalu menurunkan diri dari atas bonet. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Myvinya meluncur laju sebaik kereta BMW Aieril menderum kuat menuruni kawasan bukit.

___________________

Bertaburan pecah pasu bunga kristal kepunyaannya. Adzhar merengus kasar melihat barangan hantarannya di atas lantai. Hatinya yang berkecai berkeping-keping bagaikan disiat melalui kesemua hantaran itu. Sakit! Namun, dia tidak mampu menafikan egonya cukup kuat untuk menghalang gadis itu.

"Arggghhh..." kakinya dihayunkan menyepak dulang hantaran. "Habis semua rancangan aku. Kenapalah dia tu keras hati sangat. Terima jelah aku jadi suami kan senang. Aku tak cukup hensem ke sampai dia tak nak jadi bini aku. Aku kaya, aku romantik, aku bukan playboy.. so apa kurangnya aku?"

Adzhar duduk. Dia melabuhkan kepalanya di penyandar kerusi. Tangan sebelah kanannya diletakkan di atas dahi. Kelopak matanya erlahan-lahan tertutup rapi.

___________________

Adzhar memandang sekumpulan pelajar perempuan yang sedang bertolak-tolak untuk menghampirinya. Dia hanya memandang hairan tambah menyampah. Dia pasti kesemua pelajar perempuan itu merupakan juniornya. Melalui tag nama berwarna hitam putih menandakan mereka pelajar tingkatan dua. Dia mengeluh perlahan. "Kacau je!"

Rakannya Syamil hanya tersengih. "Relax bro! Peminat tu.."

"Macam monyet je! Sejak aku masuk form six kat sekolah ni, dunia aku ni dah tak tenteram tahu tak. Ada je benda baru yang memeningkan aku setiap hari. Tu.. macam apa je? Dia ingat aku ni Jun Pyo macam dalam cerita Boys Over Flower ke?" gumam Adzhar. Dia bangkit dan menuju ke kantin. Langkahnya terhenti bila sekumpulan pelajar junior mengekorinya. "Monyet betul!" omelnya perlahan. Dia berpatah balik. Sedang dia melalui kumpulan pelajar perempuan itu bersama Syamil , seorang pelajar perempuan menahannya.

"Nak apa? Something funny and weird for me?" soal Adzhar bengang.

"Tak ada apa-apa sebenarnya. Cuma ini buku abang terjatuh tadi. Saya kutip." ujar pelajar tersebut.

Adzhar hanya mengangguk lalu mengambil buku tersebut. Tanpa melihat betul-betul buku itu, dia berjalan pulang ke kelas. Mereka berdua singgah di koperasi untuk membeli air mineral.

"Itu buku saya!" sapa Ara takut-takut. Dia memandang buku yang digenggam Adzhar. Dia takut andai Adzhar terlihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat di dalam buku itu. Sempat dia menjeling Syifa di sebalik tiang. 'Siap kau Syifa! Sampai hati kau kenakan aku sampai begini sekali...'

Adzhar terkejut. Dia memandang buku tersebut. Jelas sekali kulit depannya sama dengannya. Dia mengerutkan dahi,

"Kulit depannya sama! Dalamnya saya punya!" jelas Ara masih takut-takut. Ara merampas buku itu. Segera dia menunjukkan namanya di situ. "My book. Thank you for found it!" ucapnya lalu beredar dari situ tanpa menyedari sepucuk surat yang terselit dalam bukunya terjatuh.

'Aku menyukainya..jujur aku memang menyukainya sejak pertama kali aku melihatnya. Dia hensem dan bergaya. Walaupun sepasang uniform sekolah tersarung di tubuhnya dia tetap hensem di pandangan mataku. Aku suka lihat dia dari jauh. Dia macho di pandangan ku. Kelakar kan? Seorang junior jatuh cinta pada seorang senior yang bukan calang-calang orang. Anak usahawan terkenal. Orangnya terkenal pula dalam sekolah. Semua orang mahu mendampinginya... aku? Aku hanya anak ketua kampung, bukan ketua sebuah syarikat besar. Aku cantik tapi tak lepas dari bendang dan sawah. Apa yang ada pada aku semua berbeza dengannya.. beza! Sudahlah kan, buat apa ditulis lagi kisah yang menyakitkan. Aku akan lupakan dia.. ehmm.. I'm still student and young. Forget about it..'

Adzhar melipatkan surat tersebut kepada dua. Dia meletakkan kertas tersebut di bawah meja. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman. 'Junior..'

Air mata Ara tumpah tatkala melihat surat yang hilang semalam tertampal di papan kenyataan sekolah. Menyakitkan hatinya lagi apabila sudah dibesarkan dan dicetak. Dia malu melihat namanya di pamirkan di situ. Laju langkah kakinyaa berlari keluar dari kawasan sekolah meninggalkan hiruk-pikuk sekolah pada awal pagi itu. 'Aku benci kau Adzhar!'

Aieril yang melihat kejadian itu menyiku lengan Adzhar. "Ad.. kau ke yang letak tu?"

"Apa?" soalnya tidak tahu menahu.

"Surat yang kau kutip dari buku budak tu!" celah Syamil.

Adzhar menggeleng. Dia menyeluk saku seluarnya. Awal pagi tadi dia tiba, surat itu masih ada dan kini bersamanya di dalam saku. Dia menunjukkan surat tersebut pada Syamil juga Aieril. "Ada dengan aku. Aku tinggalkan di sekolah.. bawah meja."

"Haihh.. mesti kerja budak-budak nakal!" rungut Aieril.

____________________

"Bukan salah aku, Ara! Aku tak akan memalukan seseorang yang aku suka! Pertama kali aku baca surat kau tu.. aku dah jatuh suka dekat kau. Pertama kali kau datang jumpa aku dulu.. aku suka kat kau. Aku suka kat kau sebab bagi aku kau tu comel! Comel dan naif. Sampai sekarang aku tak dapat lupakan cara kau minta buku tu. Bukan seperti budak-bdak lain. Gedik!" keluh Adzhan. Dia merenyukkan surat yang diletakkan dalam poket baju melayunya. Dia penat! Bersama bayangan wajah isterinya dia terlelap!

____________________

Laju langkah Ara melangkah masuk ke dalam bangunan Ikon Digital Company. Dia tahu tiada siapa di dalam bangunan ini yang tahu mengenai perkahwinannya dengan Adzhar. Tiada yang dijemput. Majlis bersanding sebelah Adzhar pastinya tidak dijalankan disebabkan ketiadaan aku di sana. Ahh.. minggu baru! Nothing changes. Hanya perubahan statusnya sahaja.

"Hai, Tania!" sapanya. Gadis kacukan India Cina itu tersenyum.

"Nampak ceria hari ni?"

"Ye ke? Tak adalah. Saya kan setiap masa ceria." sahutnya lalu ketawa kecil diikuti Tania

"Ceria awak seperti seorang gadis yang baru berkahwin..."

'Gulp! Ish, Tania ni. main redah je. Nasib baik aku tak melatah..' bisiknya. Dia melangkah masuk ke dalam perut lif yang baru terbuka. "Ke situ pula awak ni. Saya mana ada kahwin lagi. Kalau betul saya nak kahwin, awak orang pertama saya ajak.."

Tania gelak melihat muka Ara yang memerah. 'Bos single lagi, nak try?" usiknya mengena Ara.

"Ops, sorry. He's not my taste."

"Not my taste? Hey.. he's so handsome. Kaya..bergaya...romantik...bukan playboy. Apa kurangnya dia pada mata awak?"

Ara menjungkit bahu. Tania menggeleng tidak percaya. Mereka berdua melangkah keluar serentak dari lif. Tubuh Adzhar yang berdiri di hadapan mengejutkan mereka. Ara merungut geram kerana terlanggar tubuhnya. Betul-betul di dada bidang lelaki itu a.k.a suaminya.

Tanpa bersuara apa-apa Adzhar menggenggam erat pergelangan Ara lalu menarik gadis itu ke dalam biliknya. Laju geraknya sampaikan Ara tidak sempat bercakap apa-apa. Pintu dikunci dan tirai biliknya diturunkan agar tiada siapa lihat apa yang berlaku antara mereka berdua.

"Ke mana awak pergi ha? Puas saya telefon.. mesej.. cari sekeliling KL.."

Ara mengurut pergelangannya yang sakit. Dia bercekak pinggang pulak. Menentang mata Adzhar yang 'dibencinya' itu. "Siapa suruh cari saya? Awak nak lafazkan cerai ke?"

"Eh, apa masalah awak ni Ara? Saya suami awak.. tapi awak buat saya macam tunggul mati. Malu keluarga saya hari tu. Semua tetamu tanya saya mana awak menghilang?"

"So, awak cakap apa? Kami dah bercerai?"

"Nope. I said that you are in hospital. Sakit! Keracunan makanan!"

"Ohh.. Pandai!" sahut Ara tanpa perasaan. "Dahlah.. saya nak keluar!"

"Hari ni awak mesti balik rumah saya. Tak kira apa alasan sekalipun. Mama dan papa saya dah tunggu awak.." ujarnya.

'Aik.. dapat menantu kurang ajar macam aku ni pun still okey lagi ke. Bukan ke aku dah memalukan mereka ke? Huihh, tak sangka aku depa ni baik betul!' omel Ara. "Tak nak! Saya tak nak balik Saya ada rumah sendiri. Kenapa pulak nak ke rumah awak. I don't care.."

Adzhar bercekak pinggang merenung jauh ke dalam anak mata Ara. "Awak jangan cabar saya, Ara Ariana.."

"Eii.. bila masa saya cabar awak ha? Kenapa awak tak nak ceraikan saya je. Bukan ke awak ni benci sangat dengan saya?"

"Eii.. bila masa saya benci sangattt dengan awak ha? Kenapa saya nak ceraikan awak?"

Ara penat. Terus dia duduk di salah satu kerusi yang terdapat dalam bilik itu. Sling bag yang di'sling'kan di badannya ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja suaminya itu. "Saya nak awak ceraikan saya. Please.."

"No! Kan saya dah cakap. Saya tak nak lafazkan cerai sebab saya dah penat dok menghafal akad dulu. Sekarang senang je awak suruh saya ceraikan awak. Lafaz taklik hari itu pun sikit punya susah nak ingat tahu tak?"

"Saya tak nak tinggal dengan awak. Saya tak nak terkongkong dalam kehidupan berumah tangga. Saya suka bebas!"

"Bebas? So, awak ni jenis sosial lah.."

"Hey, saya maksdkan kehidupan yang tidak perlukan kita dikongkong. Awak suami saya, tentu setiap apa yang saya nak buat awak mesti tahu. Saya tak suka!"

Tersengih Adzhar mendengarnya. Dia duduk. "Berikan saya sebab kenapa awak setuju untuk berkahwin dahulu. Sebab nak bebas ke? Tentu awak tahu bila kahwin memang akan terkongkong macam tu. Tak fikir ke? Kenapa sekarang baru nak mengungkit?" bijak dia menyusun kata. Tidak ubah seperti dulu. Sentiasa berwaspada dalam kata-katanya. Untuk memujuk dan menasihati itu kehebatannya dari dulu. Mungkin sebab itu juga dia terkenal di kalangan pelajar perempuan.

Ara mati kutu. Benar sekali kata-kata Adzhar. Dahulu sewaktu ibu dan ayahnya menyatakan peminangan itu dia hanya bersetuju sahaja. Pada dirinya dia berjanji untuk taat dan setia pada suaminya. Pada dirinya dia berazam untuk melupakan perangai gila-gilanya. Tapi.. sekarang dah lain. Suami dia... Adzhar Rafiqi!

Ara berpeluk tubuh dan mendiamkan diri. Bukan dia tidak mencintai lelaki itu. Seperti kata Aieril. Sebakul itu masih ada walaupun akan menjadi sebesar kuman, cinta itu tetap ada untuk Adzhar. Dia sedar itu. Tetapi egonya malu untuk menerima Adzhar. Baginya lelaki itu telah memalukan dirinya sampaikan dahulu dia menukar sekolah. Dia malu untuk berhadapan dengan rakan-rakannya di dalam kampung itu juga. Dia malu dan malu sangat.

"Next time je lah sambung balik. Penat!" keluh Ara bersahaja dan terus keluar tanpa berkata apa-apa lagi. Adzhar tersengih lucu.. 'Comelnya dia..'

____________________

"Lunch?" sapa Adzhar.

Ara bangun dan terus memandang sekeliling pejabat. Kosong. "Awak gila ke? Macam mana kalau mereka tahu awak dan saya ada hubungan. Tak pasal-pasal kena fitnah!"

"Fitnah? Bukan ke kita suami isteri yang sah? Kenapa kena fitnah pula!"

"Kahwin senyap-senyap mana mereka nak percaya!"

"Bukan ke awak yang nak kahwin senyap-senyap. Saya ikut je. Itupun nak gelabah. Relakslah. Belum tiba masanya mereka tahu.." ujar Adzhar.

Mata Ara melotot. "Awak jangan main-main. Saya tak nak siapa pun tahu yang saya ni isteri kepada mat ego a.k.a arrogant nak mampus macam awak ni.. okey?" Adzhar tersengih.

"Saya kan cakap tadi.. belum tiba masanya. Kecualilah awak sendiri nak cakap?" balas Adzhar. Tenang sahaja wajahnya. Cool! "Atau.. awak nak saya cakap? I can do it!"

"Jangan gertak saya. I don't like it!"

"So, do you think I like it?"

Memuncung mulut Ara. "Sebelum ni tak pernah pun nak ajak lunch. Asyik berkepit dengan s/u dia je.." omelnya lalu duduk kembali. Dia menatap skrin komputernya. Menyambung kerjanya. Adzhar menongkat dagu memandang Ara. "Cinta awak dulu hilang buang ke mana?" Terjongket kening Ara mendengar soalan Adzhar. Nak je dia ketuk-ketuk kepala suaminya itu.

"Jamban!"

Adzhar ketawa. "Dari mata turun ke hati. Dah benci buang suka hati. Saya tak peduli kita suami isteri. Cinta dibuang saya kutip kembali." sahut Adzhar berirama pantun pula gayanya. Dia masih cool berhadapan dengan Ara yang keanakan. "Surat cinta pujangga kalbu. Setiap hari dibawa selalu. Pengubat kasih penghilang rindu. Saya yakin dengan itu.."

'Berpantun pulak! Sekeh kepala tu nanti. Erm.. tahulah dia dulu jaguh pantun..'

"Diam pulak.. dah lah tu. Tak payah merajuk. Jom makan!"

"Kenyang!" Mengeluh Adzhar dengan jawapan Ara. Dia berlalu. Malas nak melayan kerenah isterinya yang degil itu.

___________________

"Happy wedding bro!" ucap Syamil yang masih tidak tahu akan kejadian yang berlaku ketika akad nikah dahulu. Terus sahaja dia mencapai tangan Adzhar lalu bersalaman. "Sorry sangat-sangat. Aku tak dapat datang. Tiba-tiba ada urgent case kat tapak projek. Sorry..."

Aieril di belakang Syamil sudah terbahak-bahak ketawa. "Syam, aku rasa kau kena minta maaf sekali lagi kat kawan kita ni."

"Kenapa?"

Adzhar mencebik. "Hampeh punya kawan lah kau ni, Syam. Tahulah kau tak datang wedding aku tapi kau janganlah menghancur luluhkan hati aku.." gumam Adzhar lirih.

"Kawan kita ni ditinggalkan isterinya pada hari akad nikah dia, faham?" Aieril menerangkan keadaan sebenar.

"Apa punya bodoh minah tu? Cuba cakap kat aku siapa minah tu?"

"Kau kenal dia Syam." sahut Aieril sambil menjamah mee rojaknya yang baru tiba. Berkerut dahi Syamil. Setahu dirinya semua wanita yang dikenalinya amat menyukai Adzhar. Kalau ada di antara mereka yang berkahwin dengan Adzhar tersangat mustahil lah untuk melakukan sebegitu. Gila ke nak tinggalkan suami yang disukai begitu sahaja. "Siapa? Confuse aku!"

"Junior kita masa form six dulu. Ara Ariana!"

"Apa? Yang surat tu ke. Kononnya Ad tampal kat board tu?" Aireil menggangguk.

"Macam mana kau boleh suka kat dia? Bukan ke kau alergi sangat dengan budak-budak sekolah dulu tu. Macam monyetlah.. beruklah.. apalah.."

Adzhar mengeluh perlahan. "Surat tu. Aku suka surat yang dia tulis. Kerana surat tu, aku suka dia. Dia jujur pada diri. Dia jujur pada kenyataan." jelas Adzhar. Dia menyisip sedikit minumannya. "Bengangnya.. dulu dia suka kan aku. Sekarang ni, dia cakap dia tak suka mahupun cinta aku lagi. Siap cakap dah buang dalam jamban. Apa dia ingat cinta tu najis ke nak buang dalam jamban!"

"Kau ni pun satu hal juga. Dulu...dulu..dulu tu.. dia tingkatan dua. Mungkin dia fikir itu cinta monyet. Ala.. monyet! Monyetkan dapat sesuatu main buang je. Tak kira benda tu okey ke tak." ujar Syamil. "Macam  ni.. boleh aku tahu macam mana kau boleh kahwin dengan dia? Tertanya-tanya juga. Aku hanya tahu kau dan dia berada dalam satu bumbung syarikat je. Aku tahu jugalah kau suka cari pasal dengan dia. Tapi.. macam mana boleh berkahwin?"

"A'ah.. pelik juga. Aku pun tertanya-tanya ni..." sampuk Aieril.

"Aku kan dah cakap tadi. Aku suka dia dari dulu. Korang kan tahu kalau aku suka sesuatu aku mesti nak dapatkan juga. Aturlah strategik! Mama dengan papa aku okey je. On lah rancangan aku. Tak sangkalah pula ni yang jadi.."

Syamil memegang bahu Adzhar. "Sabar.. apa-apa hal dia dah jadi milik kau. Nak takut apa lagi?"

"Itulah ego sangat. Kau dah cakap kat dia yang kau memang suka dia?" Adzhar menggeleng mengiyakan. Aieril mengeluh. "Ego sangat! Dua-dua ego!"

Adzhar tersengih. "Aku nak dia ucap dulu...."

"Kan aku dah cakap, Syam! Ego!"

________________________

Okey kalau Adzhar ada Aieril dan Syamil untuk menjadi penasihat peribadi secara tak langsung, Ara sepatutnya ada juga kan? Erm.. tetapi dia memang tak ada. Sejak dia meninggalkan alam persekolahan di kampungnya dahulu, dia tidak lagi  mempunyai seorang kawan baik mahupun kawan biasa untuk berkongsi masalah. Hidupnya memang keseorangan jika berada di Kuala Lumpur. Tidak di Perak.

Satu-satunya kawan yang dia ada adalah seekor arnab berbaka White Vienna. Diberi nama Lolipop sempena makanan kegemaran arnab itu. Dia ketawa. "Lolipop! Hari ni aku tak beli kau lolipop okey. Kau tu arnab.. mana boleh makan lolipop selalu. Buat lawak je nanti.." gumam Ara lalu ketawa kecil.

Pertama kali dia menemui Lolipop di dalam kotak tepi jalan, dia sudah jatuh cinta dengan fizikal arnab itu yang bersih dan cantik. Keadaan arnab itu yang sihat membuatkan dia berhasrat untuk membela arnab itu. Buat pertama kali dia ingin memberikan makanan kepada Lolipop, haiwan itu tidak mahu. Habis segala macam makanan yang diberi namun tidak disentuh Lolipop. Nakal tangannya mencapai lolipop yang dihisapnya lalu disuakan ke mulut Lolipop. Menariknya arnab itu suka.

"Erm.. nak makan apa ya hari ni? Aku laparlah..."

Lolipop diletakkan di dalam bakul kembali. Dia berlalu ke dapur. "Huh..minggu ni aku tak beli barang dapur lagilah, Loli! Macam mana ni? Erm.. okey, aku nak bersiap sekejap. Kau tunggu kat sini dulu ya."

Tersengih Ara melihat Lolipop berlari masuk ke dalam sangkar yang terletak di balkoni pangsapurinya. "Merajuk la tu.."

Ara masuk ke dalam biliknya lalu bersiap. Ringkas pakaianya. Hanya baju T-Shirt lengan pendek dan skirt paras lutut yang berwana merah jambu. Sling bag diselempangkan di badannya. "Aku pergi dulu Loli!" laungnya lalu keluar dari pangsapurinya.

______________________

"Ara..."

Ara berpaling tubuh. Terkejut dia melihat ibu mertuanya di belakang. Kalut dia meletakkan barang yang dipegangnya ke dalam troli lalu bersalaman dengan Puan Sri Nadirah. "Err.. Puan.. err.. mama buat apa kat sini?" soalnya. Dia memandang kiri kanan. Takut-takut munculnya Adzhar. "Mama seorang je ke? Papa tak ikut sekali?"

"Kamu tu? Suami tak ikut sekali ke?"

"Hah?"

"Adzhar cakap sekarang dia tinggal dengan kamu. Betul ke tak, mama tak tahu lah. Sudah seminggu dia keluar dari rumah.."

"A'ah.. kami tinggal bersama sekarang. Err.. kami dah berbaik!"

"Kamu okey ke? Hari tu kenapa macam tu? Mama terkejut sangat.. kamu tak suka ke kahwin dengan Adzhar?" soal Puan Sri Nadirah.

"Erm.. sebelum ni kami ada masalah sikit. Sebab tu marah. Err.. tapi sekarang dah okey.." bohongnya lagi. 'Ish mamat ni! Kerana kau, aku kena bohong..'

"Bila senang, Ara ajak Adzhar datang rumah ya. Makan sekali.."

"InsyaAllah mama.. nanti Ara beritahu Adzhar.."

Puan Sri Nadirah tersenyum senang hati. "Call mama selalu ya. Erm.. mama minta diri dulu. Banyak lagi barang nak kena beli ni." Ara hanya mengangguk.

"Kau kenakan aku ya. Tak guna betul. Kau nak tipu mama pun janganlah babitkan aku sekali.. kan aku sekali dah buat dosa." Ara menggerutu geram. Sebal!

_____________________

"Shasya, saya nak jumpa bos sekejap. Dia ada kat dalam tak?" soal Ara sebelum masuk ke bilik Adzhar.

"Appoinment?"

'Saja lah minah ni. Aku pekerja syarikat ni pun kena buat appoinment dulu ke?' omel Ara dalam hati. Dia mendengus kasar. Malas bertekak dengan Shasya yang gedik itu dia terus memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik Adzhar. Shasya tidak sempat menghalang. Tergamam Ara seketika melihat Tan Sri Izzudin dan Puan Sri Nadirah berada di dalam bilik itu.

"Err.. sa..saya.."

"Minta maaf Tan Sri, Puan Sri..saya dah tahan dia tadi.. tapi.."

"Tak apa Shasya. Awak boleh keluar. Ara, you stay here for a second."

Shasya menggagguk dengan kata-kata Adzhar Dia menjeling geram ke arah Ara yang berwajah selamba.

"Tak apalah. Saya lupa nak cakap apa. Saya keluar dulu ya!" Ara mula berpaling ingin melangkah keluar,

"Ara.. mari duduk dengan kami. Ada sesuatu yang kami nak cakap dengan kamu.." Ara tidak membantah bila Tan Sri Izzudin berbicara. Adzhar bangun dan mendapatkan Ara. Laju dia merangkul pinggang Ara yang kecil itu. Bersahaja dia mempamirkan aksi romantik bersama Ara. "Just listen to me.. okey sayang.." bisiknya di awal bicara dan sedikit kuat di hujung katanya. Dia mengenyitkan mata bermain dengan Ara. Dia mempersilakan Ara duduk di tempatnya manakala dia duduk di sebuah kerusi berdekatan dengan Tan Sri Izzudin.

"Kamu dari mana Ara? Masa papa dan mama sampai tak nampak pun kamu.." Ara kelu. Dia mengerling Adzhar. 

"I drop her somewhere. Ara dia tak sempat breakfast tadi.."

"Ohh.." Puan Sri Nadirah tersenyum. "Ara.. kenapa Ara tak pindah rumah kami saja. Kami ni tinggal berdua je. Apa salahnya Ara tinggal dengan kami?" soalnya berharap.

"Ara tak biasa, mama. Tunggulah dua tiga bulan nanti. Nak biasakan diri dengan kehidupan lepas kahwin ni pun susah sikit.."

"Mama ni kacau daun jelah. Kami baru je kahwin. Bagilah kami masa untuk bermesra sikit.." ujar Adzhar ingin menguatkan lagi bukti mereka tinggal bersama.

Tan Sri Izzudin ketawa. "Honeymoonlah..."

"A'ah.. pergi honeymoonlah Ara, Adzhar.."

"Banyak kerja la mama. Tak boleh.." sahut Ara pantas. Adzhar memandang tidak berpuas hati. Ara tersenyum berpuas hati.

_________________________

Tubuh Ara ditarik hampir ke tubuhnya sebaik sahaja pintu biliknya dirapatkan setelah papa dan mamanya keluar. Erat pegangannya. Dia memeluk tubuh genit itu sekuatnya. "Kenapa awak tipu mereka?"

"Saya tak tipu. Awak yang menipu! Awak cakap kat mama awak yang kita tinggal serumah!"

"Bohong sunat. So when can I moving to my new house?" Adzhar masih dengan caranya yang cool dan tenang. Gentleman baginya.

"Jangan haraplah.. my little Loli tak suka orang luar!" Ara mendengus seraya berusaha meloloskan diri dari pelukan Adzhar.

"Little Loli? Siapa? Your boyfriend? Oh.. jadi sebab tu awak tak nak saya duduk serumah dengan awak?" duga Adzhar.

"Yup! Dia teman lelaki saya. Sebab tu saya tak nak awak duduk serumah dengan saya."

"Awak tinggal serumah dengan dia?"

Ara terdiam. Dia menggeleng. "Jiran!" sahutnya bersahaja. Adzhar melepaskan keluhan.

_________________________

Terlepas segugus kunci dari tangan Ara melihat Adzhar berada di belakangnya sewaktu diaa membuka kunci mangga pada pintu pagarnya. Dia pandang ke kiri kanannya. Kosong. Pandangannya tertancap pula ke arah beg pakaian yang dipegang Adzhar, "Awak buat apa kat sini?"

"Saya datang ke rumah isteri saya sendiri. Salah ke?"

"No, you can't." Adzhar buat tidak endah. Laju langkahnya menerpa masuk ke dalam rumah yang sudah terbuka pintunya tanpa menghiraukan Ara yang menjeling tajam. Ara melangkah masuk ke dalam rumah dengan bengangnya. Melotot matanya melihat Adzhar dengan selambanya masuk ke dalam biik tidurnya. Lekas dikejarnya lelaki itu. Pun begitu dia tidak sempat masuk sebaik sahaja Adzhar mengunci pintu biliknya dari dalam.

"Buka pintu ni!" jeritnya kuat.

Adzhar hanya tersengih seorang diri. Dia menggeleng-geleng sebelum merebahkan diri di atas katil milik Ara.

_______________________

Dua bulan berlalu...

"Awak nak ke mana tu?" soal Adzhar sebaik melihat Ara yang siap berpakaian untuk keluar. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Pertama kali sejak dua bulan mereka tinggal serumah, dia melihat Ara berskirt pendek dan berbaju kemeja T lengan pendek untuk keluar rumah.

"Tesco. Nak beli barang dapur. Beli makanan Bunny." Ara tersengih lucu. Sudah dua bulan dia memanggil Lolipop dengan nama Bunny. Sengaja menutup rahsianya mengenai Little Loli. "Kenapa? Salah ek saya nak keluar beli barang?"

"Tak salah.. cuma saya tak suka cara awak berpakaian tu. Seksi sangat!"

Herot mulut Ara mendengarnya. Dia memandang tubuhnya. "Whatever lah. Saya pergi dulu.."

"Awak tak boleh keluar. Saya tak izinkan! Melainkan awak tukar baju dan skirt awak tu. Saya tak suka berkongsi. Awak kena tahu tu." kerah Adzhar seraya menghalang langkah Ara.

"Eii.. 24 tahun saya hidup, ini pertama kali tau kena ceramah pasal baju dan skirt. Saya tak suka lah. Sebab ni lah saya kata nak cerai.."

Adzhar buat nakal. Sengaja dia mengajuk cakap Ara sewaktu isterinya itu berkata-kata. "Tukar. Kalau tak jangan keluar. Lagi bagus jangan keluar bilik. Enjoy with me!" sakatnya. Cool je bicaranya membuatkan Ara meluat dengan salah satu sikap Adzhar itu makin hari.

Ara merengus geram. Dia tumbuk dada Adzhar melepaskan geram. Adzhar berpura-pura sakit. Ingin mengambil simpati Ara. "Padan muka. Nasib baik kat dada.. kalau saya geram sangat tadi, kat tutt saya bagi satu!"

Adzhar masih cool. Ara tiba-tiba menangis.

"Hey.. kenapa awak menangis pulak ni.." soal Adzhar lemah. Dia memang pantang lihat perempuan menangis. Tambahan pula perempuan yang amat disayanginya. Hatinya serta-merta diruntun sayu.

"Kenapa awak seksa saya macam ni? Kenapa awak buat saya macam ni.. awak tak kesiankan saya ke? Awak tahu tak saya cinta sangat dengan awak. Dari dulu sampai sekarang saya cintakan awak seorang je tapi.. awak buat saya terseksa macam ni!" luah Ara tiba-tiba. "Kalau awak tak cintakan saya tolonglah ceraikan saya. Bila macam ni saya terkongkong tahu tak? Dahlah saya berdosa besar sebab tak tunaikan tanggungjawab saya, sekarang ni awak asyik tegur saya itu ini. Saya ni degil. Ego. Mana nak dengar arahan awak.. berdosa lagi! Tolonglah.. Ceraikan saya.." rintihnya perlahan.

Bagaikan peluru berpandu dilepaskan Ara masuk ke dalam telinganya. Berdesing. "Kenapa awak benci sangat dengan saya Ara? Takkanlah cinta awak untuk saya bersalut benci! Tak boleh ke awak kompromi dengan saya je. Kan senang! Okey.. saya akui saya ego. Kita sama-sama ego. Memang salah saya sebab terlampau ego sampaikan untuk mencintai isteri sendiri pun perlu tunggu awak yang mengaku dulu. Saya mengalah.. sekarang saya akan lafazkan. Baru awak puas hati..." Ara pejamkan mata. Tidak sanggup mendengar lafaz cerai dari mulut Adzhar. Dia hanya menggertak. Mana mungkin dia mehu melepaskan cintanya begitu sahaja. Dia menangis dalam hati...

"Saya cintakan awak! Selamanya. Sejak surat tu berada dalam genggaman saya, hati ni bagaikan dicuri. Dan orang yang curi hati saya tu adalah awak, Ara. Saya tak pernah mencintai gadis lain selain awak. Percayalah.. Saya tak pernah membenci awak sebagaimana saya membenci budak perempuan di sekolah dulu. Saya tak pernah sekali pun menggelar awak monyet macam mereka semua. Sumpah! Saya mencintai awak.. saya tak nak kehilangan awak.. So, please.. jangan pinta saya lafazkan cerai lagi.."

Ara termangu. Kaku! Kelu! Tergamam! Tidak percaya! Dup dap dup dap jantungnya berdetap kemudiannaya. Adzhar ketawa tiba-tiba.

Bukk! "Awak tak ikhlas! Awak ketawa kenapa?"

"Muka awak memerah.. awak malu?"

"Bencilah!"

Adzhar menunduk sedikit untuk menatap wajah Ara beberapa minit tanpa bergerak. Dia tersenyum. "Terlalu lama saya mengimpikan seraut wajah milik awak. Dari dulu betapa saya bersyukur dapat bertemu dengan awak. Awak comel di pandangan mata saya. Comel sangat. Buat hati saya tertawan.. bibir awak terlalu indah. Mata awak yang bundar ni, sangat menawan. Segala-galanya yang ada pada awak amat mempesonakan. Saya cintakan awak, Ara Ariana.." Adzhar memegang dagu Ara sebelum merapatkan wajahnya dengan wajah Ara. Sebuah ciuman diberikan kepada Ara.

Lambat Ara membalasnya. Dia malu. Malu dengan egonya walaupun Adzhar sudah mendahuluinya. Biarlah.. "Saya pun cintakan awak, Adzhar Rafiqi.."

"Oh.. lupa pula! Ara.. this is for you."

Ara tersenyum geli hati melihat sebentuk cincin bertatahkan berlian di tangan Adzhar yang siap sedia untuk disarungkan ke jarinya.  Usai cincin disarungkan ke jarinya...dia pula menyarungkan sebentuk cincin ke jari Adzhar. Mereka ketawa pula. "Hari ni merupakan hari yang paling indah...thanks sayang.." ucap Adzhar.

"By the way, saya nak tahu macam mana surat tu.."

"Tak ada siapa yang tahu Ara. Saya sumpah bukan saya yang tampal di board. Sumpah!"

"Tak pe lah.. Lupakan je lah. dah berlalu.."

"Maafkan ego abang.."

"Abang? Demi perkahwinan ni, ego Ara tolak ke tepi.."

Adzhar ketawa bahagia. Dia mengucup dahi Ara. Ara yang sedang tunduk memandang jarinya mendongak. Akibatnya mereka berlaga kepala dan dagu. "Ouch! Awak ni kan..."

"Aihh.. baru je janji nak tolak ke tepi ego tu, dah mula balik?" tegur Adzhar membuatkan Ara ketawa. Mereka berpelukan.

______________________

"Demi ego aku lalai.. Kerana ego aku kehampaan. Huh.. dia sudah pergi jauh!" Ara tersenyum. Dia percaya dengan kata-kata suaminya setahun yang lalu. Sekeping nota yang sering diselit dalam dompet duit Adzhar membongkar kata cinta lelaki itu. Tarikh yang tertulis di bawah sebaris ayat itu merupakan sehari selepas kejadian memalukannya itu berlaku. Jelas Adzhar menyukainya sejak hari itu. Diarinya ditutup sebaik manampal nota tersebut di dalam diari. Sebagai kenangan indah.

Dia mencoretkan sebaris ayat.

'Hanya sebaris perkataan mampu mengungkap seribu satu kisah dan kehidupan'
Selamat tinggal ego...



1 comment:

  1. Hi wakkk.. bestnya cte.. Singgah and done follow. Mohon buat cte yg menarik mcm ni. & nak minta kebenaran share dlm fb :) Thankyou ^^

    ReplyDelete