Ara berpeluk tubuh. Tidak mahu bersalaman dengan Adzhar. Dia memalingkan muka tidak mahu menatap wajah Adzhar. Tubuhnya dijauhkan tidak mahu berdekatan dengan Adzhar. Hatinya memberontak akan perkahwinan ini. Dia benci bila dikahwinkan dengan si pemuda ego a.k.a arrogant nak mampus! Dia benci bila terpaksa melalui saat yang diimpikannya itu dengan penuh keterpaksaan.
"Ariana.." tegur ayahnya. Berkali-kali Encik
Hisyam berdehem namun tidak juga Ara menyambut salam suaminya itu. Menjadi
tugasnya untuk menegur perbuatan anak gadisnya itu. 'Ara.. janganlah buat malu
ayah kat sini. Ramai tetamu tengok kamu macam tu..' desisnya jauh di dasar
hati.
Adzhar tahu apa yang ada dalam hati Ara saat itu. Penuh
dengan kebencian! Dia juga! Penuh dengan kebencian. Tetapi apa boleh buat? Dia
terpaksa. 'Woi, bak lah sini tangan tu. Cincin pun tak sarung lagilah. Aku
sepuk muka kau kang!'
'Apa? Kau ingat kau dah jadi suami aku, boleh buat suka
hati.. boleh blah!' balas Ara dalam hati juga. 'Ayah ni pun satu juga. Macam
mana lah boleh kenal dengan dia ni. Tak pasal-pasal boleh kena kahwin dengan
dia. Kalau aku tahu kena kahwin dengan dia, sah malam tadi aku dah lari ke KL
balik rumah.'
"Eh awak.. apa yang awak tak puas hati lagi ni?
Kalau tak nak kahwin dengan saya kenapa tok imam tanya tadi tak nak cakap? Buat
penat je aku akad.. sekarang ni nak lafaz cerai pulak!" bebel Adzhar
bersahaja. Dia terus duduk bersila di hadapan Ara. Penat bersimpuh. Puan Sri
Nadirah menolak kepala Adzhar kasar.
"Ke situ pulak dia! Perangai tak pernah nak
berubah!" omelnya geram.
Puan Aina ibunya Ara hanya diam sahaja. Tidak tahu
bagaimana mahu kata.
"Salah siapa sekarang ni mama? Dia punya salah pun
mama nak kata Ad yang salah. Tak adil betul!"
"Dah! Ceraikan aku!" jerit Ara. "Aku tak
nak jadi bini kau lah, mat ego plus arrogant nak mampus!" Buntang mata
Adzhar. Melopong mulut semua orang mendengar permintaan kasar Ara. Ibu ayahnya
tidak mampu berkata apa lagi. Orang tua Adzhar apatah lagi. Tidak sangka gadis
lemah lembut seperti Ara Ariana mampu berkata sebegitu di hadapan Adzhar
Rafiqi, suaminya yang baru dinikahi.
Lega! Hanya itu yang Ara rasakan sebaik meluahkan apa
yang terbuku dalam hatinya. Tanpa rasa bersalah dia meninggalkan masjid itu.
Tiada siapa tahu ke mana dia menghilangkan diri. Terkebil-kebil Adzhar dengan
tingkah Ara, Dia tidak tahu harus buat apa. Kejar! Oooppss... so sorry. Not this
style to chase a girl!
____________________
Kereta Myvi putih milik Ara berhenti di tepi jalan. Dia
keluar. "Ouchh.. ish, baju ni. Meleret-leret! Kalau aku tahu kena kahwin
dengan dia tu, tak hingin aku nak pakai kau lah! Menyemak badan je!" Ara
duduk di atas bonet kereta sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur yang indah
di pemandangan kala senja. Tiga jam perjalanan dari Perak memenatkannya. Namun
begitu, tidak pula dia ke rumahnya dulu.
"Macam manalah aku tak ada feel nak siasat siapa
bakal suami aku. Kan dah terkahwin dengan dia. Mak Ngah pun satu hal juga. Time
akad nikah tu jugaklah gatal tangan nak turunkan tirai tu. Kan dah terpisah
pandangan mata aku. Kalau tak aku dah jerit tak nak tadi. Siut betullah!"
"Hai cik adik! Cantik baju.." sapa seorang
lelaki.
Ara berpaling. "Aieril? Apa awak buat kat
sini?"
"Saya tahu kalau mood awak macam kapal layar nak
terbalik mesti datang sini. Sebab tu saya ke sini. Tak salah kan saya datang
menemani kawan baik di sini?"
"Macam mana awak tahu mood saya tak baik?"
"Keluar dari masjid seorang diri tanpa suami yang
baru dinikahi? That's the sign."
"Suami? Eii.. kalau saya tahu dia yang akan jadi
suami saya, nak jejakkan kaki ke masjid tadi pun tak sudi. Menyampah!"
jerit Ara. Aieril ketawa. "Kenapa awak ketawa?" soal Ara pelik.
"Lagi awak menyampah dekat dia, lagi awak
mencintai dia. Sebakul cinta awak dulu pasti akan jadi berbakul-bakul nanti.
Percayalah.. Kalau dulu cinta sudah ada, sekarang ni mesti berlipat ganda sebab
awak dan dia sudah menjadi suami isteri. Cinta untuk pasangan suami isteri
lebih kuat dari pasangan kekasih.."
'Itu dululah, Aieril! Aku benci dia sebab dia dah
malukan aku! Aku tak nak jadi bini dia sebab aku ni tak dicintai dia. I hate
him!'
Aieril memandang sekilas ke wajah Ara. "So nak
buat apa sekarang? Esok kena menghadap dia jugak kan?" ujar Aieril.
"Arghhh... lupa..lupa..lupa! Ni lagi satu hal yang
geram sangat ni..."
"Menjawablah dengan bos awak tu esok. Bye.. ada
hal dengan kawan.." ujar Aieril mengingatkan. Dia berpaling setelah
beberapa langkah pergi. "Eh, awak tak nak balik ke? Risaulah kat area ni
time senja. Bahaya!"
Ara mengangguk lalu menurunkan diri dari atas bonet.
Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Myvinya meluncur
laju sebaik kereta BMW Aieril menderum kuat menuruni kawasan bukit.
___________________
Bertaburan pecah pasu bunga kristal kepunyaannya.
Adzhar merengus kasar melihat barangan hantarannya di atas lantai. Hatinya yang
berkecai berkeping-keping bagaikan disiat melalui kesemua hantaran itu. Sakit!
Namun, dia tidak mampu menafikan egonya cukup kuat untuk menghalang gadis itu.
"Arggghhh..." kakinya dihayunkan menyepak
dulang hantaran. "Habis semua rancangan aku. Kenapalah dia tu keras hati sangat.
Terima jelah aku jadi suami kan senang. Aku tak cukup hensem ke sampai dia tak
nak jadi bini aku. Aku kaya, aku romantik, aku bukan playboy.. so apa kurangnya
aku?"
Adzhar duduk. Dia melabuhkan kepalanya di penyandar
kerusi. Tangan sebelah kanannya diletakkan di atas dahi. Kelopak matanya
erlahan-lahan tertutup rapi.
___________________
Adzhar memandang sekumpulan pelajar perempuan yang
sedang bertolak-tolak untuk menghampirinya. Dia hanya memandang hairan tambah
menyampah. Dia pasti kesemua pelajar perempuan itu merupakan juniornya. Melalui
tag nama berwarna hitam putih menandakan mereka pelajar tingkatan dua. Dia
mengeluh perlahan. "Kacau je!"
Rakannya Syamil hanya tersengih. "Relax bro!
Peminat tu.."
"Macam monyet je! Sejak aku masuk form six kat
sekolah ni, dunia aku ni dah tak tenteram tahu tak. Ada je benda baru yang
memeningkan aku setiap hari. Tu.. macam apa je? Dia ingat aku ni Jun Pyo macam
dalam cerita Boys Over Flower ke?" gumam Adzhar. Dia bangkit dan menuju ke
kantin. Langkahnya terhenti bila sekumpulan pelajar junior mengekorinya.
"Monyet betul!" omelnya perlahan. Dia berpatah balik. Sedang dia
melalui kumpulan pelajar perempuan itu bersama Syamil , seorang pelajar
perempuan menahannya.
"Nak apa? Something funny and weird for me?"
soal Adzhar bengang.
"Tak ada apa-apa sebenarnya. Cuma ini buku abang
terjatuh tadi. Saya kutip." ujar pelajar tersebut.
Adzhar hanya mengangguk lalu mengambil buku tersebut.
Tanpa melihat betul-betul buku itu, dia berjalan pulang ke kelas. Mereka berdua
singgah di koperasi untuk membeli air mineral.
"Itu buku saya!" sapa Ara takut-takut. Dia
memandang buku yang digenggam Adzhar. Dia takut andai Adzhar terlihat sesuatu
yang tidak sepatutnya dilihat di dalam buku itu. Sempat dia menjeling Syifa di
sebalik tiang. 'Siap kau Syifa! Sampai hati kau kenakan aku sampai begini
sekali...'
Adzhar terkejut. Dia memandang buku tersebut. Jelas
sekali kulit depannya sama dengannya. Dia mengerutkan dahi,
"Kulit depannya sama! Dalamnya saya punya!"
jelas Ara masih takut-takut. Ara merampas buku itu. Segera dia menunjukkan
namanya di situ. "My book. Thank you for found it!" ucapnya lalu
beredar dari situ tanpa menyedari sepucuk surat yang terselit dalam bukunya
terjatuh.
'Aku menyukainya..jujur aku memang menyukainya sejak
pertama kali aku melihatnya. Dia hensem dan bergaya. Walaupun sepasang uniform
sekolah tersarung di tubuhnya dia tetap hensem di pandangan mataku. Aku suka
lihat dia dari jauh. Dia macho di pandangan ku. Kelakar kan? Seorang junior
jatuh cinta pada seorang senior yang bukan calang-calang orang. Anak usahawan
terkenal. Orangnya terkenal pula dalam sekolah. Semua orang mahu
mendampinginya... aku? Aku hanya anak ketua kampung, bukan ketua sebuah
syarikat besar. Aku cantik tapi tak lepas dari bendang dan sawah. Apa yang ada
pada aku semua berbeza dengannya.. beza! Sudahlah kan, buat apa ditulis lagi
kisah yang menyakitkan. Aku akan lupakan dia.. ehmm.. I'm still student and
young. Forget about it..'
Adzhar melipatkan surat tersebut kepada dua. Dia
meletakkan kertas tersebut di bawah meja. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman.
'Junior..'
Air mata Ara tumpah tatkala melihat surat yang hilang
semalam tertampal di papan kenyataan sekolah. Menyakitkan hatinya lagi apabila
sudah dibesarkan dan dicetak. Dia malu melihat namanya di pamirkan di situ.
Laju langkah kakinyaa berlari keluar dari kawasan sekolah meninggalkan
hiruk-pikuk sekolah pada awal pagi itu. 'Aku benci kau Adzhar!'
Aieril yang melihat kejadian itu menyiku lengan Adzhar.
"Ad.. kau ke yang letak tu?"
"Apa?" soalnya tidak tahu menahu.
"Surat yang kau kutip dari buku budak tu!"
celah Syamil.
Adzhar menggeleng. Dia menyeluk saku seluarnya. Awal
pagi tadi dia tiba, surat itu masih ada dan kini bersamanya di dalam saku. Dia
menunjukkan surat tersebut pada Syamil juga Aieril. "Ada dengan aku. Aku
tinggalkan di sekolah.. bawah meja."
"Haihh.. mesti kerja budak-budak nakal!"
rungut Aieril.
____________________
"Bukan salah aku, Ara! Aku tak akan memalukan
seseorang yang aku suka! Pertama kali aku baca surat kau tu.. aku dah jatuh
suka dekat kau. Pertama kali kau datang jumpa aku dulu.. aku suka kat kau. Aku
suka kat kau sebab bagi aku kau tu comel! Comel dan naif. Sampai sekarang aku
tak dapat lupakan cara kau minta buku tu. Bukan seperti budak-bdak lain.
Gedik!" keluh Adzhan. Dia merenyukkan surat yang diletakkan dalam poket
baju melayunya. Dia penat! Bersama bayangan wajah isterinya dia terlelap!
____________________
Laju langkah Ara melangkah masuk ke dalam bangunan Ikon
Digital Company. Dia tahu tiada siapa di dalam bangunan ini yang tahu mengenai
perkahwinannya dengan Adzhar. Tiada yang dijemput. Majlis bersanding sebelah
Adzhar pastinya tidak dijalankan disebabkan ketiadaan aku di sana. Ahh.. minggu
baru! Nothing changes. Hanya perubahan statusnya sahaja.
"Hai, Tania!" sapanya. Gadis kacukan India
Cina itu tersenyum.
"Nampak ceria hari ni?"
"Ye ke? Tak adalah. Saya kan setiap masa
ceria." sahutnya lalu ketawa kecil diikuti Tania
"Ceria awak seperti seorang gadis yang baru
berkahwin..."
'Gulp! Ish, Tania ni. main redah je. Nasib baik aku tak
melatah..' bisiknya. Dia melangkah masuk ke dalam perut lif yang baru terbuka.
"Ke situ pula awak ni. Saya mana ada kahwin lagi. Kalau betul saya nak
kahwin, awak orang pertama saya ajak.."
Tania gelak melihat muka Ara yang memerah. 'Bos single
lagi, nak try?" usiknya mengena Ara.
"Ops, sorry. He's not my taste."
"Not my taste? Hey.. he's so handsome.
Kaya..bergaya...romantik...bukan playboy. Apa kurangnya dia pada mata
awak?"
Ara menjungkit bahu. Tania menggeleng tidak percaya.
Mereka berdua melangkah keluar serentak dari lif. Tubuh Adzhar yang berdiri di
hadapan mengejutkan mereka. Ara merungut geram kerana terlanggar tubuhnya.
Betul-betul di dada bidang lelaki itu a.k.a suaminya.
Tanpa bersuara apa-apa Adzhar menggenggam erat
pergelangan Ara lalu menarik gadis itu ke dalam biliknya. Laju geraknya
sampaikan Ara tidak sempat bercakap apa-apa. Pintu dikunci dan tirai biliknya
diturunkan agar tiada siapa lihat apa yang berlaku antara mereka berdua.
"Ke mana awak pergi ha? Puas saya telefon..
mesej.. cari sekeliling KL.."
Ara mengurut pergelangannya yang sakit. Dia bercekak
pinggang pulak. Menentang mata Adzhar yang 'dibencinya' itu. "Siapa suruh
cari saya? Awak nak lafazkan cerai ke?"
"Eh, apa masalah awak ni Ara? Saya suami awak..
tapi awak buat saya macam tunggul mati. Malu keluarga saya hari tu. Semua
tetamu tanya saya mana awak menghilang?"
"So, awak cakap apa? Kami dah bercerai?"
"Nope. I said that you are in hospital. Sakit!
Keracunan makanan!"
"Ohh.. Pandai!" sahut Ara tanpa perasaan.
"Dahlah.. saya nak keluar!"
"Hari ni awak mesti balik rumah saya. Tak kira apa
alasan sekalipun. Mama dan papa saya dah tunggu awak.." ujarnya.
'Aik.. dapat menantu kurang ajar macam aku ni pun still
okey lagi ke. Bukan ke aku dah memalukan mereka ke? Huihh, tak sangka aku depa
ni baik betul!' omel Ara. "Tak nak! Saya tak nak balik Saya ada rumah
sendiri. Kenapa pulak nak ke rumah awak. I don't care.."
Adzhar bercekak pinggang merenung jauh ke dalam anak
mata Ara. "Awak jangan cabar saya, Ara Ariana.."
"Eii.. bila masa saya cabar awak ha? Kenapa awak
tak nak ceraikan saya je. Bukan ke awak ni benci sangat dengan saya?"
"Eii.. bila masa saya benci sangattt dengan awak
ha? Kenapa saya nak ceraikan awak?"
Ara penat. Terus dia duduk di salah satu kerusi yang
terdapat dalam bilik itu. Sling bag yang di'sling'kan di badannya ditanggalkan
lalu diletakkan di atas meja suaminya itu. "Saya nak awak ceraikan saya.
Please.."
"No! Kan saya dah cakap. Saya tak nak lafazkan
cerai sebab saya dah penat dok menghafal akad dulu. Sekarang senang je awak
suruh saya ceraikan awak. Lafaz taklik hari itu pun sikit punya susah nak ingat
tahu tak?"
"Saya tak nak tinggal dengan awak. Saya tak nak
terkongkong dalam kehidupan berumah tangga. Saya suka bebas!"
"Bebas? So, awak ni jenis sosial lah.."
"Hey, saya maksdkan kehidupan yang tidak perlukan
kita dikongkong. Awak suami saya, tentu setiap apa yang saya nak buat awak
mesti tahu. Saya tak suka!"
Tersengih Adzhar mendengarnya. Dia duduk. "Berikan
saya sebab kenapa awak setuju untuk berkahwin dahulu. Sebab nak bebas ke? Tentu
awak tahu bila kahwin memang akan terkongkong macam tu. Tak fikir ke? Kenapa
sekarang baru nak mengungkit?" bijak dia menyusun kata. Tidak ubah seperti
dulu. Sentiasa berwaspada dalam kata-katanya. Untuk memujuk dan menasihati itu
kehebatannya dari dulu. Mungkin sebab itu juga dia terkenal di kalangan pelajar
perempuan.
Ara mati kutu. Benar sekali kata-kata Adzhar. Dahulu
sewaktu ibu dan ayahnya menyatakan peminangan itu dia hanya bersetuju sahaja. Pada
dirinya dia berjanji untuk taat dan setia pada suaminya. Pada dirinya dia
berazam untuk melupakan perangai gila-gilanya. Tapi.. sekarang dah lain. Suami
dia... Adzhar Rafiqi!
Ara berpeluk tubuh dan mendiamkan diri. Bukan dia tidak
mencintai lelaki itu. Seperti kata Aieril. Sebakul itu masih ada walaupun akan
menjadi sebesar kuman, cinta itu tetap ada untuk Adzhar. Dia sedar itu. Tetapi
egonya malu untuk menerima Adzhar. Baginya lelaki itu telah memalukan dirinya
sampaikan dahulu dia menukar sekolah. Dia malu untuk berhadapan dengan
rakan-rakannya di dalam kampung itu juga. Dia malu dan malu sangat.
"Next time je lah sambung balik. Penat!"
keluh Ara bersahaja dan terus keluar tanpa berkata apa-apa lagi. Adzhar
tersengih lucu.. 'Comelnya dia..'
____________________
"Lunch?" sapa Adzhar.
Ara bangun dan terus memandang sekeliling pejabat.
Kosong. "Awak gila ke? Macam mana kalau mereka tahu awak dan saya ada
hubungan. Tak pasal-pasal kena fitnah!"
"Fitnah? Bukan ke kita suami isteri yang sah?
Kenapa kena fitnah pula!"
"Kahwin senyap-senyap mana mereka nak
percaya!"
"Bukan ke awak yang nak kahwin senyap-senyap. Saya
ikut je. Itupun nak gelabah. Relakslah. Belum tiba masanya mereka tahu.."
ujar Adzhar.
Mata Ara melotot. "Awak jangan main-main. Saya tak
nak siapa pun tahu yang saya ni isteri kepada mat ego a.k.a arrogant nak mampus
macam awak ni.. okey?" Adzhar tersengih.
"Saya kan cakap tadi.. belum tiba masanya.
Kecualilah awak sendiri nak cakap?" balas Adzhar. Tenang sahaja wajahnya.
Cool! "Atau.. awak nak saya cakap? I can do it!"
"Jangan gertak saya. I don't like it!"
"So, do you think I like it?"
Memuncung mulut Ara. "Sebelum ni tak pernah pun
nak ajak lunch. Asyik berkepit dengan s/u dia je.." omelnya lalu duduk
kembali. Dia menatap skrin komputernya. Menyambung kerjanya. Adzhar menongkat
dagu memandang Ara. "Cinta awak dulu hilang buang ke mana?"
Terjongket kening Ara mendengar soalan Adzhar. Nak je dia ketuk-ketuk kepala
suaminya itu.
"Jamban!"
Adzhar ketawa. "Dari mata turun ke hati. Dah benci
buang suka hati. Saya tak peduli kita suami isteri. Cinta dibuang saya kutip
kembali." sahut Adzhar berirama pantun pula gayanya. Dia masih cool
berhadapan dengan Ara yang keanakan. "Surat cinta pujangga kalbu. Setiap
hari dibawa selalu. Pengubat kasih penghilang rindu. Saya yakin dengan
itu.."
'Berpantun pulak! Sekeh kepala tu nanti. Erm.. tahulah
dia dulu jaguh pantun..'
"Diam pulak.. dah lah tu. Tak payah merajuk. Jom
makan!"
"Kenyang!" Mengeluh Adzhar dengan jawapan
Ara. Dia berlalu. Malas nak melayan kerenah isterinya yang degil itu.
___________________
"Happy wedding bro!" ucap Syamil yang masih
tidak tahu akan kejadian yang berlaku ketika akad nikah dahulu. Terus sahaja
dia mencapai tangan Adzhar lalu bersalaman. "Sorry sangat-sangat. Aku tak
dapat datang. Tiba-tiba ada urgent case kat tapak projek. Sorry..."
Aieril di belakang Syamil sudah terbahak-bahak ketawa.
"Syam, aku rasa kau kena minta maaf sekali lagi kat kawan kita ni."
"Kenapa?"
Adzhar mencebik. "Hampeh punya kawan lah kau ni,
Syam. Tahulah kau tak datang wedding aku tapi kau janganlah menghancur luluhkan
hati aku.." gumam Adzhar lirih.
"Kawan kita ni ditinggalkan isterinya pada hari
akad nikah dia, faham?" Aieril menerangkan keadaan sebenar.
"Apa punya bodoh minah tu? Cuba cakap kat aku
siapa minah tu?"
"Kau kenal dia Syam." sahut Aieril sambil
menjamah mee rojaknya yang baru tiba. Berkerut dahi Syamil. Setahu dirinya
semua wanita yang dikenalinya amat menyukai Adzhar. Kalau ada di antara mereka
yang berkahwin dengan Adzhar tersangat mustahil lah untuk melakukan sebegitu.
Gila ke nak tinggalkan suami yang disukai begitu sahaja. "Siapa? Confuse
aku!"
"Junior kita masa form six dulu. Ara Ariana!"
"Apa? Yang surat tu ke. Kononnya Ad tampal kat
board tu?" Aireil menggangguk.
"Macam mana kau boleh suka kat dia? Bukan ke kau
alergi sangat dengan budak-budak sekolah dulu tu. Macam monyetlah.. beruklah..
apalah.."
Adzhar mengeluh perlahan. "Surat tu. Aku suka
surat yang dia tulis. Kerana surat tu, aku suka dia. Dia jujur pada diri. Dia
jujur pada kenyataan." jelas Adzhar. Dia menyisip sedikit minumannya.
"Bengangnya.. dulu dia suka kan aku. Sekarang ni, dia cakap dia tak suka
mahupun cinta aku lagi. Siap cakap dah buang dalam jamban. Apa dia ingat cinta
tu najis ke nak buang dalam jamban!"
"Kau ni pun satu hal juga. Dulu...dulu..dulu tu..
dia tingkatan dua. Mungkin dia fikir itu cinta monyet. Ala.. monyet! Monyetkan
dapat sesuatu main buang je. Tak kira benda tu okey ke tak." ujar Syamil.
"Macam ni.. boleh aku tahu macam mana kau boleh kahwin dengan dia?
Tertanya-tanya juga. Aku hanya tahu kau dan dia berada dalam satu bumbung
syarikat je. Aku tahu jugalah kau suka cari pasal dengan dia. Tapi.. macam mana
boleh berkahwin?"
"A'ah.. pelik juga. Aku pun tertanya-tanya
ni..." sampuk Aieril.
"Aku kan dah cakap tadi. Aku suka dia dari dulu.
Korang kan tahu kalau aku suka sesuatu aku mesti nak dapatkan juga. Aturlah
strategik! Mama dengan papa aku okey je. On lah rancangan aku. Tak sangkalah
pula ni yang jadi.."
Syamil memegang bahu Adzhar. "Sabar.. apa-apa hal
dia dah jadi milik kau. Nak takut apa lagi?"
"Itulah ego sangat. Kau dah cakap kat dia yang kau
memang suka dia?" Adzhar menggeleng mengiyakan. Aieril mengeluh. "Ego
sangat! Dua-dua ego!"
Adzhar tersengih. "Aku nak dia ucap dulu...."
"Kan aku dah cakap, Syam! Ego!"
________________________
Okey kalau Adzhar ada Aieril dan Syamil untuk menjadi
penasihat peribadi secara tak langsung, Ara sepatutnya ada juga kan? Erm..
tetapi dia memang tak ada. Sejak dia meninggalkan alam persekolahan di
kampungnya dahulu, dia tidak lagi mempunyai seorang kawan baik mahupun
kawan biasa untuk berkongsi masalah. Hidupnya memang keseorangan jika berada di
Kuala Lumpur. Tidak di Perak.
Satu-satunya kawan yang dia ada adalah seekor arnab
berbaka White Vienna. Diberi nama Lolipop sempena makanan kegemaran arnab itu.
Dia ketawa. "Lolipop! Hari ni aku tak beli kau lolipop okey. Kau tu
arnab.. mana boleh makan lolipop selalu. Buat lawak je nanti.." gumam Ara
lalu ketawa kecil.
Pertama kali dia menemui Lolipop di dalam kotak tepi
jalan, dia sudah jatuh cinta dengan fizikal arnab itu yang bersih dan cantik.
Keadaan arnab itu yang sihat membuatkan dia berhasrat untuk membela arnab itu.
Buat pertama kali dia ingin memberikan makanan kepada Lolipop, haiwan itu tidak
mahu. Habis segala macam makanan yang diberi namun tidak disentuh Lolipop.
Nakal tangannya mencapai lolipop yang dihisapnya lalu disuakan ke mulut
Lolipop. Menariknya arnab itu suka.
"Erm.. nak makan apa ya hari ni? Aku
laparlah..."
Lolipop diletakkan di dalam bakul kembali. Dia berlalu
ke dapur. "Huh..minggu ni aku tak beli barang dapur lagilah, Loli! Macam
mana ni? Erm.. okey, aku nak bersiap sekejap. Kau tunggu kat sini dulu
ya."
Tersengih Ara melihat Lolipop berlari masuk ke dalam
sangkar yang terletak di balkoni pangsapurinya. "Merajuk la tu.."
Ara masuk ke dalam biliknya lalu bersiap. Ringkas
pakaianya. Hanya baju T-Shirt lengan pendek dan skirt paras lutut yang berwana
merah jambu. Sling bag diselempangkan di badannya. "Aku pergi dulu
Loli!" laungnya lalu keluar dari pangsapurinya.
______________________
"Ara..."
Ara berpaling tubuh. Terkejut dia melihat ibu mertuanya
di belakang. Kalut dia meletakkan barang yang dipegangnya ke dalam troli lalu
bersalaman dengan Puan Sri Nadirah. "Err.. Puan.. err.. mama buat apa kat
sini?" soalnya. Dia memandang kiri kanan. Takut-takut munculnya Adzhar.
"Mama seorang je ke? Papa tak ikut sekali?"
"Kamu tu? Suami tak ikut sekali ke?"
"Hah?"
"Adzhar cakap sekarang dia tinggal dengan kamu.
Betul ke tak, mama tak tahu lah. Sudah seminggu dia keluar dari rumah.."
"A'ah.. kami tinggal bersama sekarang. Err.. kami
dah berbaik!"
"Kamu okey ke? Hari tu kenapa macam tu? Mama
terkejut sangat.. kamu tak suka ke kahwin dengan Adzhar?" soal Puan Sri
Nadirah.
"Erm.. sebelum ni kami ada masalah sikit. Sebab tu
marah. Err.. tapi sekarang dah okey.." bohongnya lagi. 'Ish mamat ni!
Kerana kau, aku kena bohong..'
"Bila senang, Ara ajak Adzhar datang rumah ya.
Makan sekali.."
"InsyaAllah mama.. nanti Ara beritahu
Adzhar.."
Puan Sri Nadirah tersenyum senang hati. "Call mama
selalu ya. Erm.. mama minta diri dulu. Banyak lagi barang nak kena beli
ni." Ara hanya mengangguk.
"Kau kenakan aku ya. Tak guna betul. Kau nak tipu
mama pun janganlah babitkan aku sekali.. kan aku sekali dah buat dosa."
Ara menggerutu geram. Sebal!
_____________________
"Shasya, saya nak jumpa bos sekejap. Dia ada kat
dalam tak?" soal Ara sebelum masuk ke bilik Adzhar.
"Appoinment?"
'Saja lah minah ni. Aku pekerja syarikat ni pun kena
buat appoinment dulu ke?' omel Ara dalam hati. Dia mendengus kasar. Malas
bertekak dengan Shasya yang gedik itu dia terus memulas tombol pintu dan
melangkah masuk ke dalam bilik Adzhar. Shasya tidak sempat menghalang. Tergamam
Ara seketika melihat Tan Sri Izzudin dan Puan Sri Nadirah berada di dalam bilik
itu.
"Err.. sa..saya.."
"Minta maaf Tan Sri, Puan Sri..saya dah tahan dia
tadi.. tapi.."
"Tak apa Shasya. Awak boleh keluar. Ara, you stay
here for a second."
Shasya menggagguk dengan kata-kata Adzhar Dia menjeling
geram ke arah Ara yang berwajah selamba.
"Tak apalah. Saya lupa nak cakap apa. Saya keluar
dulu ya!" Ara mula berpaling ingin melangkah keluar,
"Ara.. mari duduk dengan kami. Ada sesuatu yang
kami nak cakap dengan kamu.." Ara tidak membantah bila Tan Sri Izzudin
berbicara. Adzhar bangun dan mendapatkan Ara. Laju dia merangkul pinggang Ara
yang kecil itu. Bersahaja dia mempamirkan aksi romantik bersama Ara. "Just
listen to me.. okey sayang.." bisiknya di awal bicara dan sedikit kuat di
hujung katanya. Dia mengenyitkan mata bermain dengan Ara. Dia mempersilakan Ara
duduk di tempatnya manakala dia duduk di sebuah kerusi berdekatan dengan Tan
Sri Izzudin.
"Kamu dari mana Ara? Masa papa dan mama sampai tak
nampak pun kamu.." Ara kelu. Dia mengerling Adzhar.
"I drop her somewhere. Ara dia tak sempat
breakfast tadi.."
"Ohh.." Puan Sri Nadirah tersenyum.
"Ara.. kenapa Ara tak pindah rumah kami saja. Kami ni tinggal berdua je.
Apa salahnya Ara tinggal dengan kami?" soalnya berharap.
"Ara tak biasa, mama. Tunggulah dua tiga bulan
nanti. Nak biasakan diri dengan kehidupan lepas kahwin ni pun susah
sikit.."
"Mama ni kacau daun jelah. Kami baru je kahwin.
Bagilah kami masa untuk bermesra sikit.." ujar Adzhar ingin menguatkan
lagi bukti mereka tinggal bersama.
Tan Sri Izzudin ketawa. "Honeymoonlah..."
"A'ah.. pergi honeymoonlah Ara, Adzhar.."
"Banyak kerja la mama. Tak boleh.." sahut Ara
pantas. Adzhar memandang tidak berpuas hati. Ara tersenyum berpuas hati.
_________________________
Tubuh Ara ditarik hampir ke tubuhnya sebaik sahaja
pintu biliknya dirapatkan setelah papa dan mamanya keluar. Erat pegangannya.
Dia memeluk tubuh genit itu sekuatnya. "Kenapa awak tipu mereka?"
"Saya tak tipu. Awak yang menipu! Awak cakap kat
mama awak yang kita tinggal serumah!"
"Bohong sunat. So when can I moving to my new
house?" Adzhar masih dengan caranya yang cool dan tenang. Gentleman
baginya.
"Jangan haraplah.. my little Loli tak suka orang
luar!" Ara mendengus seraya berusaha meloloskan diri dari pelukan Adzhar.
"Little Loli? Siapa? Your boyfriend? Oh.. jadi
sebab tu awak tak nak saya duduk serumah dengan awak?" duga Adzhar.
"Yup! Dia teman lelaki saya. Sebab tu saya tak nak
awak duduk serumah dengan saya."
"Awak tinggal serumah dengan dia?"
Ara terdiam. Dia menggeleng. "Jiran!"
sahutnya bersahaja. Adzhar melepaskan keluhan.
_________________________
Terlepas segugus kunci dari tangan Ara melihat Adzhar
berada di belakangnya sewaktu diaa membuka kunci mangga pada pintu pagarnya.
Dia pandang ke kiri kanannya. Kosong. Pandangannya tertancap pula ke arah beg
pakaian yang dipegang Adzhar, "Awak buat apa kat sini?"
"Saya datang ke rumah isteri saya sendiri. Salah
ke?"
"No, you can't." Adzhar buat tidak endah.
Laju langkahnya menerpa masuk ke dalam rumah yang sudah terbuka pintunya tanpa
menghiraukan Ara yang menjeling tajam. Ara melangkah masuk ke dalam rumah
dengan bengangnya. Melotot matanya melihat Adzhar dengan selambanya masuk ke
dalam biik tidurnya. Lekas dikejarnya lelaki itu. Pun begitu dia tidak sempat
masuk sebaik sahaja Adzhar mengunci pintu biliknya dari dalam.
"Buka pintu ni!" jeritnya kuat.
Adzhar hanya tersengih seorang diri. Dia
menggeleng-geleng sebelum merebahkan diri di atas katil milik Ara.
_______________________
Dua bulan berlalu...
"Awak nak ke mana tu?" soal Adzhar sebaik
melihat Ara yang siap berpakaian untuk keluar. Dia tidak percaya dengan apa
yang dilihatnya. Pertama kali sejak dua bulan mereka tinggal serumah, dia
melihat Ara berskirt pendek dan berbaju kemeja T lengan pendek untuk keluar
rumah.
"Tesco. Nak beli barang dapur. Beli makanan
Bunny." Ara tersengih lucu. Sudah dua bulan dia memanggil Lolipop dengan
nama Bunny. Sengaja menutup rahsianya mengenai Little Loli. "Kenapa? Salah
ek saya nak keluar beli barang?"
"Tak salah.. cuma saya tak suka cara awak
berpakaian tu. Seksi sangat!"
Herot mulut Ara mendengarnya. Dia memandang tubuhnya.
"Whatever lah. Saya pergi dulu.."
"Awak tak boleh keluar. Saya tak izinkan!
Melainkan awak tukar baju dan skirt awak tu. Saya tak suka berkongsi. Awak kena
tahu tu." kerah Adzhar seraya menghalang langkah Ara.
"Eii.. 24 tahun saya hidup, ini pertama kali tau
kena ceramah pasal baju dan skirt. Saya tak suka lah. Sebab ni lah saya kata
nak cerai.."
Adzhar buat nakal. Sengaja dia mengajuk cakap Ara
sewaktu isterinya itu berkata-kata. "Tukar. Kalau tak jangan keluar. Lagi
bagus jangan keluar bilik. Enjoy with me!" sakatnya. Cool je bicaranya
membuatkan Ara meluat dengan salah satu sikap Adzhar itu makin hari.
Ara merengus geram. Dia tumbuk dada Adzhar melepaskan
geram. Adzhar berpura-pura sakit. Ingin mengambil simpati Ara. "Padan
muka. Nasib baik kat dada.. kalau saya geram sangat tadi, kat tutt saya bagi
satu!"
Adzhar masih cool. Ara tiba-tiba menangis.
"Hey.. kenapa awak menangis pulak ni.." soal
Adzhar lemah. Dia memang pantang lihat perempuan menangis. Tambahan pula
perempuan yang amat disayanginya. Hatinya serta-merta diruntun sayu.
"Kenapa awak seksa saya macam ni? Kenapa awak buat
saya macam ni.. awak tak kesiankan saya ke? Awak tahu tak saya cinta sangat
dengan awak. Dari dulu sampai sekarang saya cintakan awak seorang je tapi..
awak buat saya terseksa macam ni!" luah Ara tiba-tiba. "Kalau awak
tak cintakan saya tolonglah ceraikan saya. Bila macam ni saya terkongkong tahu
tak? Dahlah saya berdosa besar sebab tak tunaikan tanggungjawab saya, sekarang
ni awak asyik tegur saya itu ini. Saya ni degil. Ego. Mana nak dengar arahan awak..
berdosa lagi! Tolonglah.. Ceraikan saya.." rintihnya perlahan.
Bagaikan peluru berpandu dilepaskan Ara masuk ke dalam
telinganya. Berdesing. "Kenapa awak benci sangat dengan saya Ara?
Takkanlah cinta awak untuk saya bersalut benci! Tak boleh ke awak kompromi
dengan saya je. Kan senang! Okey.. saya akui saya ego. Kita sama-sama ego.
Memang salah saya sebab terlampau ego sampaikan untuk mencintai isteri sendiri
pun perlu tunggu awak yang mengaku dulu. Saya mengalah.. sekarang saya akan
lafazkan. Baru awak puas hati..." Ara pejamkan mata. Tidak sanggup
mendengar lafaz cerai dari mulut Adzhar. Dia hanya menggertak. Mana mungkin dia
mehu melepaskan cintanya begitu sahaja. Dia menangis dalam hati...
"Saya cintakan awak! Selamanya. Sejak surat tu
berada dalam genggaman saya, hati ni bagaikan dicuri. Dan orang yang curi hati
saya tu adalah awak, Ara. Saya tak pernah mencintai gadis lain selain awak.
Percayalah.. Saya tak pernah membenci awak sebagaimana saya membenci budak
perempuan di sekolah dulu. Saya tak pernah sekali pun menggelar awak monyet
macam mereka semua. Sumpah! Saya mencintai awak.. saya tak nak kehilangan
awak.. So, please.. jangan pinta saya lafazkan cerai lagi.."
Ara termangu. Kaku! Kelu! Tergamam! Tidak percaya! Dup
dap dup dap jantungnya berdetap kemudiannaya. Adzhar ketawa tiba-tiba.
Bukk! "Awak tak ikhlas! Awak ketawa kenapa?"
"Muka awak memerah.. awak malu?"
"Bencilah!"
Adzhar menunduk sedikit untuk menatap wajah Ara
beberapa minit tanpa bergerak. Dia tersenyum. "Terlalu lama saya mengimpikan
seraut wajah milik awak. Dari dulu betapa saya bersyukur dapat bertemu dengan
awak. Awak comel di pandangan mata saya. Comel sangat. Buat hati saya
tertawan.. bibir awak terlalu indah. Mata awak yang bundar ni, sangat menawan.
Segala-galanya yang ada pada awak amat mempesonakan. Saya cintakan awak, Ara
Ariana.." Adzhar memegang dagu Ara sebelum merapatkan wajahnya dengan
wajah Ara. Sebuah ciuman diberikan kepada Ara.
Lambat Ara membalasnya. Dia malu. Malu dengan egonya
walaupun Adzhar sudah mendahuluinya. Biarlah.. "Saya pun cintakan awak,
Adzhar Rafiqi.."
"Oh.. lupa pula! Ara.. this is for you."
Ara tersenyum geli hati melihat sebentuk cincin
bertatahkan berlian di tangan Adzhar yang siap sedia untuk disarungkan ke
jarinya. Usai cincin disarungkan ke jarinya...dia pula menyarungkan
sebentuk cincin ke jari Adzhar. Mereka ketawa pula. "Hari ni merupakan
hari yang paling indah...thanks sayang.." ucap Adzhar.
"By the way, saya nak tahu macam mana surat
tu.."
"Tak ada siapa yang tahu Ara. Saya sumpah bukan
saya yang tampal di board. Sumpah!"
"Tak pe lah.. Lupakan je lah. dah berlalu.."
"Maafkan ego abang.."
"Abang? Demi perkahwinan ni, ego Ara tolak ke
tepi.."
Adzhar ketawa bahagia. Dia mengucup dahi Ara. Ara yang
sedang tunduk memandang jarinya mendongak. Akibatnya mereka berlaga kepala dan
dagu. "Ouch! Awak ni kan..."
"Aihh.. baru je janji nak tolak ke tepi ego tu,
dah mula balik?" tegur Adzhar membuatkan Ara ketawa. Mereka berpelukan.
______________________
"Demi ego aku lalai.. Kerana ego aku kehampaan.
Huh.. dia sudah pergi jauh!" Ara tersenyum. Dia percaya dengan kata-kata
suaminya setahun yang lalu. Sekeping nota yang sering diselit dalam dompet duit
Adzhar membongkar kata cinta lelaki itu. Tarikh yang tertulis di bawah sebaris
ayat itu merupakan sehari selepas kejadian memalukannya itu berlaku. Jelas
Adzhar menyukainya sejak hari itu. Diarinya ditutup sebaik manampal nota
tersebut di dalam diari. Sebagai kenangan indah.
Dia mencoretkan sebaris ayat.
'Hanya sebaris perkataan mampu mengungkap seribu satu
kisah dan kehidupan'
Selamat tinggal ego...
Hi wakkk.. bestnya cte.. Singgah and done follow. Mohon buat cte yg menarik mcm ni. & nak minta kebenaran share dlm fb :) Thankyou ^^
ReplyDelete